Kini di IKEA
Grafik kempen Jom Bermain Demi Perubahan - kiub dengan corak keanak-anakan dalam warna berbeza.
Jom Bermain Demi Perubahan - bermain adalah keperluan asas
Di IKEA kami serius tentang bermain. Sangat serius sehingga kami jalankan dan terbitkan sebahagian daripada kajian paling mendalam di dunia tentang subjek itu dalam Laporan Bermain IKEA. Bermain sangat penting sehingga Konvensyen PBB untuk Hak Kanak-kanak mengiktirafnya sebagai salah satu hak asasi manusia bagi kanak-kanak. Malangnya, ramai kanak-kanak di seluruh dunia kekurangan ruang untuk bermain. IKEA Foundation bekerjasama dengan enam organisasi kanak-kanak yang terulung dan bersama IKEA meletakkan bermain sebagai nadi kempen tujuan murni - Jom Bermain Demi Perubahan.
Ketahui Selanjutnya tentang Jom Bermain Demi Perubahan
10 mainan lembut, pemenang dari pertandingan melukis 2017, didirikan di lantai tekstil hijau dengan latar belakang biru.
SAGOSKATT ĘC semuanya untuk kebajikan
Temui SAGOSKATT, hasil pertandingan melukis mainan lembut tahunan IKEA melibatkan kanak-kanak kreatif dari seluruh dunia. 10 lukisan paling unik ditukar menjadi mainan lembut untuk dipeluk. Seluruh hasil akan diberi kepada kebajikan untuk menyokong hak setiap kanak-kanak untuk bermain dan membangun.
Lihat mainan lembut SAGOSKATT Ketahui selanjutnya tentang SAGOSKATT
10 mainan lembut comel di sekitar kertas putih.
Pertandingan melukis mainan lembut 2017 - kanak-kanak reka untuk kanak-kanak
Kami menjemput semua kanak-kanak kreatif berusia 0ĘC12 tahun untuk melukis mainan lembut impian mereka. Pemenang bertuah akan menukarkan makhluk khayalan kegemaran mereka menjadi mainan lembut sebenar dan dijual di gedung-gedung IKEA di seluruh dunia. Pertandingan melukis mainan lembut akan diadakan di IKEA pada 3 - 19 November 2017. Mari sertai keseronokan ini!
Ketahui selanjutnya tentang pertandingan melukis Mainan Lembut
Let’s Play For Change campaign graphics – A store map containing cubes with childish patterns in different colours.
KUASA MEMBERI DUA KALI - KESAN DUA KALI GANDA
Apabila anda masukkan mainan bayi atau kanak-kanak, permainan, seni dan kraf yang baru dibeli ke sini, IKEA Malaysia akan padankan setiap produk kanak-kanak yang dimasukkan ke dalam kotak dengan satu lagi produk. Sumbangan akan diberi kepada Makanan dari hati untuk diedarkan kepada penerima.
Lihat Mainan & main
Laporan Kehidupan di Rumah IKEA 2017
Kami mengembara ke 22 negara dan berhubung dengan lebih daripada 22,000 orang untuk faham apa yang mereka rasakan tentang kehidupan di rumah. Kami dapati ada lima pertempuran besar orang ramai di seluruh dunia sedang hadapi apabila barangan yang kita miliki, dan ruang dan tempat yang kita tentukan, bercanggah dengan orang yang menetap bersama kita. Kami tak fikir ia patut jadi begini, kerana itulah laporan tahun ini dipanggil Melawan Pertempuran.
Ketahui selanjutnya di lifeathome.gzw3d.com
Empat orang duduk di meja dapur sambil makan, salah seorang memegang telefon bimbit.
Grey line
MASYARAKAT & PLANET
Kehidupan lebih mesra alam sekitar di rumah
Kami ada banyak produk dan penyelesaian yang mampu dimiliki bagi membantu anda menjalani kehidupan yang lebih mesra alam sekitar di rumah. Mungkin ia kelihatan seperti perkara kecil - mentol LED, bakul kitar semula, bekas storan makanan dan yang sama dengannya - tetapi itulah keindahan tindakan yang kecil: ia bertambah menjadi sesuatu yang besar!
Terokai Masyarakat & Planet
Sekumpulan penyelesaian mengitar semula IKEA yang berbeza diuruskan dalam sebuah bilik
BILIK BERITA
Berita Terkini
Di sini anda akan menemui maklumat perhubungan akhbar kami, laporan tahunan dan maklumat terperinci, serta muat turun. Dapatkan berita terkini dalam Bilik Berita kami